Dengan mengeluarkan kata2 agama,
tidak semestinya aku seorang ustazah.
Labuhnya tudung ku,
tidak semestinya aku seorang yang alim.
Dgn memberi kepada orang lain tidak pula bermaksud aku ini adalah orang yang sebaik-baiknya.
Aku cuma insan biasa yang mempunyai keinginan
seperti kamu cuma aku berkongsi apa yang aku pelajari
dan apa yg aku tahu dan mengingati diri sendiri
supaya menjadi lebih baik disamping menyeru kepada kebaikan..
Allah ma'akum.
Photobucket

::May Allah S.W.T always guide us::

Jan 5, 2017

::HATI BERSIH::


QALBUN SALIM

Jika Allah rezekikan kamu bangun malam,
maka ingatlah dosa yang kamu lakukan di siang hari..
Jika Allah permudahkan kamu untuk bangun malam,
itu tandanya Allah suka untuk lihat kamu berdiri beribadah kepadaNya.

Sesungguhnya setiap basuhan air wudhu kamu,
Allah akan sucikan dosa-dosamu yang lalu..
kemudian setiap langkahmu menuju tempat solat,
dan berdirinya kamu mendirikan solat lalu membaca selepas takbiratul ihram,



Maksudnya:
"Kuhadapkan wajahku kepada tuhan
yang menciptakan langit dan bumi dalam keadaan patuh,
dan aku bukanlah dari golongan orang yang menyekutukanNya, 
Sesungguhnya solatku, ibadahku hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam..tiada sekutu baginya."


Begitulah kita diperintahkan menyerahkan diri kepada Allah.
kemudian kamu membaca al-fatihah,  diikuti dengan membaca beberapa ayat al quran.
Sesungguhnya Allah swt suka untuk mendengar ayatnya dibaca oleh hambanya
dan kalau kamu baca dan hayati firman AllahSWT dalam surah al Syu'ara 87-89


"Dan janganlah engkau hina aku pada hari mereka dibangkitkan, iaitu pada hari ketika harta dan anak-anak tidak berguna lagi, kecuali orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih"


Ulang membacanya berkali-kali
sesungguhnya ayat ini melembutkan hati yang keras kerana
manusia takut pada kehinaan di hari kiamat.

Doa ini dibaca oleh nabi yang terdahulu dari kita iaitu khalilullah nabi Ibarahim as.
Maka bacalah ayat ini berulangkali "Dan janganlah engkau hina aku pada hari mereka dibangkitkan, iaitu pada hari ketika harta dan anak-anak tidak berguna lagi, kecuali orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih".

apabila kamu membaca ayat
"dan janganlah engkau hina aku"
kamu akan rasakan bahawa semua perkara berada dibawah kuasa Allah.


Kalau Allah mahu, Allah boleh angkat darjat kamu
Kalau Allah mahu, Allah juga boleh rendahkan kamu
Kalau Allah mahu, Allah boleh dekatkan kamu
Kalau Allah mahu, Dia juga boleh jauhkan kamu


Seseorang itu tidak boleh memberi manfaat dan mudarat,
sesungguhnya semua perkara berlaku dengan kuasa Allah.

[copyright paste..]

-Moga bermanfaat-


::READ MORE::

0 comments :

::Read by Month::

 
:: AL BINTU THANIAH :: © 2007 - 2015 ..AHLAN WASAHLAN.. RASA INI