Dengan mengeluarkan kata2 agama,
tidak semestinya aku seorang ustazah.
Labuhnya tudung ku,
tidak semestinya aku seorang yang alim.
Dgn memberi kepada orang lain tidak pula bermaksud aku ini adalah orang yang sebaik-baiknya.
Aku cuma insan biasa yang mempunyai keinginan
seperti kamu cuma aku berkongsi apa yang aku pelajari
dan apa yg aku tahu dan mengingati diri sendiri
supaya menjadi lebih baik disamping menyeru kepada kebaikan..
Allah ma'akum.
Photobucket

::May Allah S.W.T always guide and protect us::

Apr 11, 2018

::PENDIDIK::


Assalamualaikum...
lama tak berkongsi diruang maya.
Pendidik, and Im currently part of it.

Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكتَهُ وَأَهْلَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ 
حَتَّى النَّمْلَةَ فِيْ جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوْتَ 
لَيُصَلُّوْنَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الخَيْرَ

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, 
sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan
bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”.

[Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]

telah disebut dalam sabda Nabi Muhammad SAW berkenaan dengan
kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. Ingin saya kongsikan juga sebuah sabda Nabi Muhammad SAW..

Diriwayatkan oleh Muaz bin Anas RA, bahawa Rsulullah SAW sabdanya:

مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ
 لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ العَامِلِ

Maksudnya
“Barangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka
dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi
pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun”.

[Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 236]

*****************

Masuk dua minggu saya bergelar pendidik. Allah lebih tahu setiap perkara.
Manusia banyak kelemahannya, maka pada Allah SWT kita serahkan segala dan berusaha untuk berkongsi pengetahuan dengan anak didik.

Bukanlah suatu yang mudah berhadapan dengan pelbagai ragam anak murid. Yang kadangkala kita sendiri tenggelam dengan riuh anak didik. Suara kita pun tenggelam walau menjerit untuk tarik supaya beri perhatian dan fokus dengan tugasan. Tertanya, macam mana cara pengajaran kanak-kanak yang berkesan di zaman Rasulullah? Bukan mudah untuk membentuk keperibadian seseorang, Allah tempat kita berharap dan memohon pertolongan.

Semoga kita yang menjadi pendidik sentiasa memohon kebaikan kepada Allah SWT dalam mendidik generasi dan membentuk mereka menjadi generasi yang cinta pada alQuran dan beramal dengan sunnah Rasulullah SAW. Amin.

with loves,
izzahbtjainudin
April, 2018


::READ MORE::

Oct 5, 2017

::AFTER 10 MONTH::


Assalamualaikum,

11 Januari 2017. Itu tarikh last update posting dalam ni. 
Januari, februari, mac, april, mei, jun, julai, ogos, september dan oktober.
10 bulan meninggalkan dunia blog. Penceritaan mungkin banyak yang tak terpost.
Semua dah berlalu. Biarlah berlalu. Kadang ada yang lebih baik.

Surrounding with positive people along the way.
Bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita sentiasa berada dalam persekitaran ni.
Be positive dalam semua perkara bermula dengan
pergantungan dan hubungan kita dengan Allah SWT.
Kita takkan lari daripada perkara yang kita tak suka,
tapi Allah ada untuk kita suarakan kerana semua perkara tu daripada Allah SWT.
Mohonla, doakan boleh..

Jika perlu masa untuk bersendiri bersama tuhanmu,
maka lakukanlah..

(izzah 2017)

::READ MORE::

Jan 11, 2017

::SABARLAH::


Bila kita rasa susah,
kita akan sedih.
Masa tu kita akancari kekuatan.
Setiap kita akan diuji di dunia ni untuk bekal amalan akhirat nanti..

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan.
Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang SABAR,"
[al baqarah:155]

Siapa orang yang SABAR?

Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah,
mereka berkata: sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali."
[al baqarah:156]

Ayat di atas menunjukkan kita berserah pada yang selayaknya. Allah.
dan bicara Allah lagi tentang Sabar...

"Dan sesungguhnya Kami tetap akan menguji kamu agar
Kami mengetahui orang yang berjuang dan bersabar daripada kalangan kamu dan
agar Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita mengenai keadaan kamu"
[Muhammad: 31]

Jika tidak menahan tanggungan ujian,
pada Allah yang selayaknya kita sujud memohon kekuatan dan petunjuk..


-Moga bermanfaat-


::READ MORE::

Jan 5, 2017

::HATI BERSIH::


QALBUN SALIM

Jika Allah rezekikan kamu bangun malam,
maka ingatlah dosa yang kamu lakukan di siang hari..
Jika Allah permudahkan kamu untuk bangun malam,
itu tandanya Allah suka untuk lihat kamu berdiri beribadah kepadaNya.

Sesungguhnya setiap basuhan air wudhu kamu,
Allah akan sucikan dosa-dosamu yang lalu..
kemudian setiap langkahmu menuju tempat solat,
dan berdirinya kamu mendirikan solat lalu membaca selepas takbiratul ihram,



Maksudnya:
"Kuhadapkan wajahku kepada tuhan
yang menciptakan langit dan bumi dalam keadaan patuh,
dan aku bukanlah dari golongan orang yang menyekutukanNya, 
Sesungguhnya solatku, ibadahku hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam..tiada sekutu baginya."


Begitulah kita diperintahkan menyerahkan diri kepada Allah.
kemudian kamu membaca al-fatihah,  diikuti dengan membaca beberapa ayat al quran.
Sesungguhnya Allah swt suka untuk mendengar ayatnya dibaca oleh hambanya
dan kalau kamu baca dan hayati firman AllahSWT dalam surah al Syu'ara 87-89


"Dan janganlah engkau hina aku pada hari mereka dibangkitkan, iaitu pada hari ketika harta dan anak-anak tidak berguna lagi, kecuali orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih"


Ulang membacanya berkali-kali
sesungguhnya ayat ini melembutkan hati yang keras kerana
manusia takut pada kehinaan di hari kiamat.

Doa ini dibaca oleh nabi yang terdahulu dari kita iaitu khalilullah nabi Ibarahim as.
Maka bacalah ayat ini berulangkali "Dan janganlah engkau hina aku pada hari mereka dibangkitkan, iaitu pada hari ketika harta dan anak-anak tidak berguna lagi, kecuali orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih".

apabila kamu membaca ayat
"dan janganlah engkau hina aku"
kamu akan rasakan bahawa semua perkara berada dibawah kuasa Allah.


Kalau Allah mahu, Allah boleh angkat darjat kamu
Kalau Allah mahu, Allah juga boleh rendahkan kamu
Kalau Allah mahu, Allah boleh dekatkan kamu
Kalau Allah mahu, Dia juga boleh jauhkan kamu


Seseorang itu tidak boleh memberi manfaat dan mudarat,
sesungguhnya semua perkara berlaku dengan kuasa Allah.

[copyright paste..]

-Moga bermanfaat-


::READ MORE::

::Read by Month::

 
:: AL BINTU THANIAH :: © 2007 - 2015 ..AHLAN WASAHLAN.. RASA INI